Lamian

Semangkuk mi tarik atau lamian cara Lanzhou.

Lamian (Cina Tradisional: 拉麵, Cina Ringkas: 拉面, pinyin: lāmiàn) atau mi tarik (terjemahan ungkapan Cina) ialah sejenis mi lembut diperbuat dari gandum; ia dibuat dengan menarik dan meregang serta melipat doh tepung hingga dapat dileraikan menjadi utasan-utasan panjang.[1] Mi ini pertama kali dicatatkan pembuatannya dalam Songshi Yangsheng Bu (Cina ringkas: 宋氏养生部Cina tradisional: 宋氏養生部) dikarang Song Xu bertarikh 1504.[1]

Mi ini sering dimasak dalam dua cara, sama ada dalam sup sebagai tāngmiàn (Bahasa Cina: 湯麵, "mi sup") atau digoreng berkuah sebagai 'chǎomiàn (Bahasa Cina: 炒麵, "mi goreng"); mi tarik yang digunakan dalam cara goreng ini agak besar atau "kasar" berbanding mi dalam cara sup.[2] Mi ini merupakan antara masakan keistimewaan masyarakat Hui yang hidup di barat laut tanah besar China (terutamanya kota Lanzhou[2]) di mana masakan ini mengutamakan bahan-bahan halal selari dengan anutan Islam mereka.[3]

  1. ^ a b Serventi, Silvano; Sabban, Francoise (2000). Pasta: The story of a universal food. Diterjemahkan oleh Shugaar, Antony. New York: Columbia University Press. m/s. 334, 337. ISBN 978-0-231-12442-3.
  2. ^ a b Zubir Mohd Yunus (7 November 2015). "Penangan ramen daging goreng Restoran Mee Tarik Warisan". Berita Harian.
  3. ^ Gladney, Dru C. (1996). Muslim Chinese: Ethnic Nationalism in the People's Republic (ed. 2). m/s. 171–173. ISBN 0-674-59497-5.

Developed by StudentB